Wednesday, September 27, 2006

Mari Warnakan Komik Dengan Adobe Illustrator

Disini saya nak tunjukkan cara2 untuk kita kaler artwork/komik dalam illustrator dengan cara yang mudah dan menjimatkan masa...hanya dengan menggunakan adobe streamline...yang latest setakat saya tau dah version 4.0

langkah-langkahnya

1. scan artwork yang dah siap diinking..scan dalam format lineart dan resolusi 300dpi...save under format .tiff ..pastikan line yang dah diinking tu tak putus2..senang nak kaler nanti..



kredit untuk tetinain..www.luzrafikr.com

2.buka perisian A. Streamline..klik open > pilih file yang dikehendaki

3. kendian..klik pada option convert untuk menukarkan fail format raster tadi kepada format vector..
( untuk ubah setting ikut yang dikehendaki, klik option, klik Conversion Setup dan ubah ikut kemahuan, untuk tutorial ini menggunakan default setting)



4. ini hasilnya setelah ditukar sebentar tadi...



5.klik save untuk simpan kerja anda tadi

6. masukkan lineart yang telah disave tadi ke perisian Adobe Illustrator..Warnakan dengan paint bucket tools..
haaaa..sudah siap dan bergembiralah dengan mengaler komik anda...

No comments: